Khamis, 22 Oktober 2009

Meniti Hari-Hari Keperitan.


Kemarin, Semalam dan hari ini, aku cuba melalui perjalanan yang tidak pernah mengenal erti masa akan datang. Aku hanya mampu berserah pada Yang Maha Esa agar aku terus tabah mengharungi batin yang tersiksa ini. Penyesalan ke atas dosa yang telah aku garapkan dan kuciptakan itu telah merobet seluruh masa depan aku. Tiada seinci atau sedtik ruang kemanisan untukku kecapinya lagi.


Tangisan demi tangisan aku ngalirkan hingga membasahi telekung yang baru bulan lepas aku beli. Bukan untukku bermegah akan kecantikan telekung itu namun sebagai hamba-NYA, aku tidak boleh membiarkan diriku ini camping ketika bertemu dengan-NYA.



Ketika ini juga penyesalan dari masa silam tidak dapat kulupakan, aku keseorangan yang menanggung kesengsaraan. Bukan dia yang menanggung kesengsaraan ini. Aku khilaf memilih dia yang ________ sehingga aku terpaksa menanggung penderitaan ini keseorangan.











Dan masa inilah aku baru mengingati-NYA. Tangisan aku tidak pernah berhenti mengucap keampunan kepada-NYA dan semalam aku dirikan TAUBATku terhadap-NYA agar aku diampunkan. Tiang hajat juga aku dirikan agar aku dapat melupakan segala yang berlaku.









Kerana dia aku telah melepaskan genggaman persahabat antara aku dengan kawan-kawanku.



Kerana dia si ____ aku telah kehilangan kawan-kawan aku yang selama ini sentiasa menguatkan tali persahabatanku.

Kerana dia si _____ aku hilang pertimbangan dalam menjalani kehidupan aku.
Dia hanya menganggap aku cuma lakonan dalam mempertahankan perhubungan. Dia menganggap aku cuma pelakon dalam kisahnya. Aku tertipu.

AKU TERTEKAN.

Kini Aku kesepian tanpa sahabatku yang dulu. Dia si____ pergi tanpa memperdulikan aku lagi. Bertambah tekananku.


Kesepian merindui pada YANG ESA. Pada kawan-kawan yang pernah bersama ketika suka dan dukaku. Ketika ketawa dan dalam tangisan. Tetapi kini semua hilang kerana si ___.













Aku silap memilih jalanku. Aku silap memilih lorong yang gelap itu sehingga aku tertekan lalu aku membentuk diriku yang lain. Diri yang sentiasa membuatkan aku sengsara. Sehingga kini aku sentiasa dihantui kisah-kisah silam.








Kini aku meniti hari-hari keperitan tanpa pendorong dan semangatku. Aku menghitung hari, bilakah aku akan dapat bersama mereka yang telah hilang dulu. Tangisan ku tiada gunanya lagi. Tangisanku adalah lakonan baginya. Tangisanku hanya titisan airmata yang mengalir dan sebentar lagi akan kering pada tanggapannya.

YA ALLAH, Ketika ini aku keseorangan menghadapi detik-detik malang. Tiada kusanggup menghadapinya lagi. Tunjukkanlah aku jalan yang benar. Aku bertaubat. Kembalikan kenangan -kenangan yang pernah aku hilangkan dulu.

YA ALLAH, apalah dosa kesetiaanku ini diperlakukan sebegini. Kesetiaanku tiada penghujung. Aku tidak sekali pun berlaku curang.

YA ALLAH, Ampunkan dosa-dosa besarku. AKU bertaubat tidak akan melakukan perkara itu walaupun hanya sekali. Aku menyesal.

AMINN!!!!!