Sabtu, 15 Ogos 2009

melayu oh melayu!!!



Apa pemikiran anda apabila 'melayu' diperbincangkan dalam apa jua situasi. Aduh!! sungguh menyedihkan. Dalam Mastika, Bacaria dan sebagainya. Semuanya memperlihatkan bahawa melayu ini, melayu itu. Semuanya buruk pada Melayu. Ada yang kata malu menjadi melayu. Walhal sudah tertulis dalam kitab takdir kita dan kita harus menerimanya.






Kenapa hendak meruntuhkan martabat dan juga menyalahkan nenek moyang kita yang memberi gelara " MELAYU " kepada kita. Jauh sungguh pemikiran anda sekiranya menyalahkan melayu itu, melayu ini. Kenapa harus kita impikan takdir yang bukan takdir kita?.




Sedarkah anda bahawa 'Melayu" itu mempunyai makna yang indah serta jelas dan tampak. Sedarkah anda? Kenapa malu menggelarkan diri adalah melayu? Sungguh sedihnya bangsa kita mengutuk, mencaci maki, terhadap melayu. Menyertakan fahaman sendiri bahawa MELAYU itu sebenarnya LAYU!. Bangsa yang layu!!! Adakah itu fahaman anda sebagai bangsa Melayu?


Inilah puncanya apabila Melayu tidak memahami dan mengetahui makna " Melayu" sebenarnya. Bukan kita memberikan nama " Melayu" tetapi orang lain. Bangsa lain. Aduhai Melayu... sedarlah, bukan hendak memerli tapi ingin menegaskan bahawa perkataan Melayu itu adalah unik.


Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.
Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.
3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.
4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.