Ahad, 19 Julai 2009

makna dalam shafawa_anndah@hotmail.com

Ketika aku baru sahaja merayap-rayap dalam mencipta email untuk kemudahan rakan-rakan aku yang hendak menghantar apa jua pesanan melalui ciptaan elektronik, aku tertanya-tanya apakah nama email yang hendak aku paparkan agar aku mudah mengingatinya kelak.

Pada masa itu juga, aku, kak Shai, Fatimah, jiha dan Mardihah adalah satu kumpulan yang sangan rapat sekali. Ke mana saja, kami berlima. Dan pada aku yang baru bertatih-tatih emperolehi rakan, aku mula menciptakan sempena nama kawan-kawan ku melalui nama email yang aku serapkan.


Shafawa_anndah -
sha_ Shahaini Aizan
Fa- fatimah
Wa- hehe... akulah ( Salwa)
ann- Mardihah( Kami panggil ann )
dah- Jihadah.


bila digabungkan menjadi ( Shafawa_anndah)
email ni akan bersemadi selama-lamanya dalam hatiku.

Sabtu, 18 Julai 2009

Menerjah ke dunia realiti

Sudah hampir tiga bulan aku bekerja bukan di bidang aku. Sebenarnya aku dah lama meninggalkan bidangku ini demi mencari sesuap nasi. Aku ingin hidup seperti biasa. Aku perlukan sumber-sumber itu untuk aku teruskan perjalanan hidupku. Aku bukannya meminta rezeki pada orang. Aku bukan mengemis. Dan aku bukan peminta sedekah yang sentiasa merayap-rayap sekitar Kuala Lumpur ini meminta belas kasihan. AKu bukan itu. Namun, aku juga mempunyai tujuan tersendiri. Orang lain tidak akan mengerti dan apakah tujuan aku itu.
Aku masih juga seorang penulis walaupun tidak sekasar mata yang memandang. Namun aku adalah penulis dari golongan tersendiri. Dunia yang telah aku tempuh di masa lalu tidak cukup untuk aku mengenal erti dunia yang dinamakan reality. Bercakap tentang dunia ini. Aku teringat akan rakanku yang bertanyakan hal ini padaku. Bukan pertanyaan bingit telinga mendengar tetapi tercalit hati membaca. Dan mungkin padanya pun juga tercalit rasa tercabar. Maafkanlah aku andai apa yang aku tulis ini tidak memuaskan hati semua pihak. Blog umpama diari kepada penggemar blog. Dan kemungkinan pernah juga terfikir bahawa sebenarnya diari ini adalah rahsia peribadi individu. Ah… usahkan terus persoalkan tentang diari itu.
Zaman yang semua dihujung jari, aku YM dengan rakan seperjuanganku. Ketika itu, aku sedang bekerja, maklumlah kerja aku bukan susah. Hanya secebis tenaga yang amat diperlukan oleh syarikat. Dia bertanya tentang pekerjaan apa yang sedang aku lakukan sekarang. Lantas dengan selamba aku menjawab. Aku bekerja di syarikat insuran. Dia pula bertanya lagi. Aku sudah jauh terpesong dari benua sebenar. Aku pun menjawab. Aku bekerja di dunia yang lebih reality. Dia pula bertanyakan pada ku, bukan dunia penulisan ini dunia reality? Aku pula menjawab. Lebih elok aku bekerja di dunia reality daripada aku terus berada di alam fantasi. Tiba-tiba perhubungan YM aku dengan dia sepi. Dan terus menyepi.
Aku melabuhkan tubuhku ke kerusi, anak mata tiba-tiba kabur. Jelas penglihatanku namun jasad aku sahaja yang kaku disitu, roh aku hilang entah ke mana. Aku tertanya pada diri sendiri, adakah aku menipu diri aku sendiri atau kemungkinan pengalaman aku yang menjadikan aku seperti ini. Ah…. Roh aku kembali pada jasadku semula dan meneruskan kerja-kerja yang seketika terbengkalai.
KAwan-kawan seperjuanganku, maafkanlah aku andai aku berkata sedemikian. Aku mungkin tidak pantas bersama dengan kamu semua. Kamu semua adalah tunjang yang sebenar, bukan aku. En. Ridzuan Harun, maafkanlah saya. mungkin En. Wan tidak dapat menerima hujah-hujah saya. mungkin En.Wan malu mengaku saya anak didik en. Wan. Begitu juga dengan EN Zakaria Ariffin. MAAFKANLAH SAYA!!!!!.

ilusi dalam kehidupan

Semalam aku bermimpi lagi. Dua hari mimpi yang sama tanpa aku solat istikharah. Dan sebelum ini juga, aku telah pun bersolat dan aku mendapat mimpi yang lain. aku telah pun memilih pemilihan yang tekad bahawa pilihan ini akan ku pilih terdahulu. memang benar, cita-cita perlu kita terjah dan capai namun, realitynya adalah aku. aku adalah kehidupan aku. Bukannya kehidupan orang lain. Mereka diluar sana hanya memberikan sorakan sokongan dari belakang tetapi aku yang terpaksa menghadapi segalanya. Dah hari ini, aku telah pun membuat keputusan bahawa aku terpaksa mengorbankan cita-cita aku demi kehidupan harianku. Inilah realitinya.Biarlah dunia di sana memperkecilkan pendirianku. Namun tak semua fantasi itu aku terus berada disisiku. REality tetap reality. Aku bukan memperkecilkan dunia fantasi. Tetapi aku sedang berada di dunia reality.

ketakutan dan kebencian

Hari ini, aku pasti akan mendapat satu ketakutan di alam realiti. Di mana, alam inilah manusia sentiasa berpusing-pusing mencari satu penyelesaian untuk lepas dari cengkaman ketakutan. walaupun kesalahan itu hanya sebesar biji sawi, namun ada beberapa golongan manusia ini menganggap ini satu dugaan yang paling besar.bagi aku, semuanya adalah perkara yang penting buat aku. Tidak seperti zaman persekolahan. Bukan juga zaman kolej dahulu. tetapi inilah yang dikatakan menuju ke alam realiti. Sama ada aku mahu atau tidak, ia pasti akan berlalu kerana aku sentiasa berhdapan dengannya.

Kebencian,


tidak ada seorang manusia pun yang terlepas dengan perasaan ini. Boleh dikatakan bahawa kebencian satu ikatan dengan utuh sekali dengan manusia. Kenapa manusia mesti ada perasan ini? Kenapa?