Sabtu, 18 Julai 2009

Menerjah ke dunia realiti

Sudah hampir tiga bulan aku bekerja bukan di bidang aku. Sebenarnya aku dah lama meninggalkan bidangku ini demi mencari sesuap nasi. Aku ingin hidup seperti biasa. Aku perlukan sumber-sumber itu untuk aku teruskan perjalanan hidupku. Aku bukannya meminta rezeki pada orang. Aku bukan mengemis. Dan aku bukan peminta sedekah yang sentiasa merayap-rayap sekitar Kuala Lumpur ini meminta belas kasihan. AKu bukan itu. Namun, aku juga mempunyai tujuan tersendiri. Orang lain tidak akan mengerti dan apakah tujuan aku itu.
Aku masih juga seorang penulis walaupun tidak sekasar mata yang memandang. Namun aku adalah penulis dari golongan tersendiri. Dunia yang telah aku tempuh di masa lalu tidak cukup untuk aku mengenal erti dunia yang dinamakan reality. Bercakap tentang dunia ini. Aku teringat akan rakanku yang bertanyakan hal ini padaku. Bukan pertanyaan bingit telinga mendengar tetapi tercalit hati membaca. Dan mungkin padanya pun juga tercalit rasa tercabar. Maafkanlah aku andai apa yang aku tulis ini tidak memuaskan hati semua pihak. Blog umpama diari kepada penggemar blog. Dan kemungkinan pernah juga terfikir bahawa sebenarnya diari ini adalah rahsia peribadi individu. Ah… usahkan terus persoalkan tentang diari itu.
Zaman yang semua dihujung jari, aku YM dengan rakan seperjuanganku. Ketika itu, aku sedang bekerja, maklumlah kerja aku bukan susah. Hanya secebis tenaga yang amat diperlukan oleh syarikat. Dia bertanya tentang pekerjaan apa yang sedang aku lakukan sekarang. Lantas dengan selamba aku menjawab. Aku bekerja di syarikat insuran. Dia pula bertanya lagi. Aku sudah jauh terpesong dari benua sebenar. Aku pun menjawab. Aku bekerja di dunia yang lebih reality. Dia pula bertanyakan pada ku, bukan dunia penulisan ini dunia reality? Aku pula menjawab. Lebih elok aku bekerja di dunia reality daripada aku terus berada di alam fantasi. Tiba-tiba perhubungan YM aku dengan dia sepi. Dan terus menyepi.
Aku melabuhkan tubuhku ke kerusi, anak mata tiba-tiba kabur. Jelas penglihatanku namun jasad aku sahaja yang kaku disitu, roh aku hilang entah ke mana. Aku tertanya pada diri sendiri, adakah aku menipu diri aku sendiri atau kemungkinan pengalaman aku yang menjadikan aku seperti ini. Ah…. Roh aku kembali pada jasadku semula dan meneruskan kerja-kerja yang seketika terbengkalai.
KAwan-kawan seperjuanganku, maafkanlah aku andai aku berkata sedemikian. Aku mungkin tidak pantas bersama dengan kamu semua. Kamu semua adalah tunjang yang sebenar, bukan aku. En. Ridzuan Harun, maafkanlah saya. mungkin En. Wan tidak dapat menerima hujah-hujah saya. mungkin En.Wan malu mengaku saya anak didik en. Wan. Begitu juga dengan EN Zakaria Ariffin. MAAFKANLAH SAYA!!!!!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan